Powered By Blogger

Felda United buru gelaran Liga Super



BEBERAPA pemain memperagakan koleksi baju Felda United pada majlis pelancaran jersi baru serta penubuhan kelab penyokong di Kuala Lumpur semalam.



PENDATANG baru, Felda United memasang impian tinggi apabila mahu memenangi kejuaraan bola sepak Liga Super musim ini, lapor HELMI TALKAH.
Harapan itu disuarakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika diminta mengulas mengenai sasaran skuad bimbingan jurulatih E. Elavarasan itu.
Katanya, dengan kehadiran beberapa muka baru, sasaran tersebut tidak mustahil untuk dicapai.
"Saya percaya skuad yang kita miliki ketika ini adalah jauh lebih baik daripada musim lalu dan pada pandangan saya Felda United sebenarnya tidak jauh berbeza jika dibandingkan pasukan-pasukan lain.
"Saya yakin bukan sesuatu yang mustahil untuk kita bergelar juara sekiranya pemain-pemain menunjukkan komitmen yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas melancarkan jersi baru serta penubuhan kelab penyokong bola sepak Felda United di Wisma Felda, Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Bola Sepak Felda United merangkap pengurus pasukan, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.
Sementara itu, Elavarasan yang diminta mengulas mengenai sasaran yang diletakkan oleh Isa itu berkata: "Setiap pasukan perlu memiliki matlamat yang tinggi jika mahu berjaya."
Felda United bakal membuka tirai kempen liga musim ini menentang Johor FC di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Sabtu ini.

Catatan Popular