Khabar angin mengatakan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berhasrat untuk meletak jawatan adalah tidak benar sekali.
Ketika dihubungi, Sathianathan menegaskan bahawa dia masih lagi jurulatih Kelantan tetapi sedang menjalani penggantungan selama enam bulan.
"Desas desus yang mengatakan saya mahu letak jawatan adalah tidak benar sama sekali.
"Saya juga tidak tahu daripada berita ini tersebar.
"Saya masih lagi jurulatih Kelantan dan akan mengadakan pertemuan dengan presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa esok.
"Segala keputusan terletak ditangan persatuan," ujar Sathianathan.
Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (JKPT FAM) mengumumkan penggantungan beliau yang berkuatkuasa hari ini hingga 22 Julai 2011.
Sathiathan yang sebelum ini melemparkan kritikan terhadap perlawanan Terengganu dan Perlis yang sepatutnya diadakan di stadium Kangar, namun di ubah ke Stadium Terengganu akibat masalah teknikal.
Penggantungan tersebut nyata memberi tamparan hebat buat pasukan Kelantan yang dijadualkan bertemu Selangor pada Piala Sumbangsih Sabtu ini.