Powered By Blogger

Pemain tak bersalah


TIGA bekas pemain Kelantan kini boleh memberikan tumpuan penuh untuk pasukan baru, T-Team apabila didapati tidak bersalah oleh Jawatankuasa Status Pemain FAM dan tidak dikenakan sebarang penggantungan mahupun denda.
Jawatankuasa itu menolak aduan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terhadap Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose kerana tidak memenuhi beberapa peraturan kontrak. Pengerusi, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan Kafa tidak mematuhi Perkara 10.1 di dalam kontrak itu iaitu notis untuk melanjutkan kontrak perlu diberi tiga bulan sebelum kontrak tamat 30 hari selepas perlawanan terakhir.

“Kontrak tiga pemain ini berakhir 30 November 2010 iaitu sebulan selepas final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 30 Oktober 2010. “Notis perlu diberikan sebelum 30 Ogos 2010 sedangkan Kafa memberi notis pada 1 September 2010. Malah, Kafa juga tidak menepati Perkara 10.2 yang memerlukan mereka menyatakan syarat dan terma seperti gaji, bonus, elaun dan sebagainya kepada pemain,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM, petang semalam.
Turut terlepas adalah bekas kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin yang kini bermain untuk Selangor apabila Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) gagal mematuhi Perkara 10.1 dan 10.2 selain tuntutan pampasan berjumlah RM250,000 daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang turut ditolak.

Jawatankuasa terbabit turut menolak permintaan Selangor PKNS untuk menangguhkan kes empat bekas pemainnya yang berhijrah ke pasukan lain iaitu Mohamad Alifi Mahmud (Pahang), G Mahatheran (Negeri Sembilan), A Verathan (Sime Darby FC) dan Mohd Saufi Mohd Ibrahim (Johor FC).

Catatan Popular