Perpindahan Safee Sali kini hanya tertakluk kepada hasil perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), bintang bola sepak Malaysia Mohd Safee Mohd Sali berkemungkinan akan dinilai oleh Persatuan Sepakbola Bandung (Persib) pada sesi 'bursa transfer' (sesi jual beli) pada Februari depan. Kemungkinan ini dibayangkan pegawai media Persib, Irfan Suryadireja ketika dihubungi. Safee yang menaburkan keinginan untuk berhijrah dilihat terikat dengan kontrak bersama Selangor sehingga November tahun ini.
Sungguhpun belum mendapat kepastian mengenai perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), beliau tetap yakin bahawa Persib tidak akan berdepan banyak masalah untuk bekerjasama dengan Selangor bagi menandatangani Penyerang kelab itu kerana hubungan baik yang wujud antara kedua-dua kelab itu setelah mereka saling melakukan kunjungan pada tahun yang lalu.Namun begitu, Mohd Safee Sali pada masa ini masih terikat kontrak dengan FAS sehingga bulan November tahun ini. Irfan berkata pada sesi Februari nanti, Persib akan melakukan penilaian terhadap keperluan pasukan itu terhadap Safee Sali. Mungkin ramai yang menyedari bahawa Safee Sali ketika ini adalah pemain idaman bagi kelab Indonesia bagi mendapatkannya tetapi tertakluk kepada kuota tempat bagi kelab mereka.